Quick News Bit

Dave & Buster’s bakal buka 20 kedai di India dan Australia

0


DALLAS, June 07, 2023 (GLOBE NEWSWIRE) — Dave & Buster’s, destinasi utama untuk makanan, minuman dan hiburan, umumkan dua lagi tawaran penting rancangan pengembangan globalnya. Perjanjian pertama termasuk perkongsian 15 kedai di India dengan Malpani Group, dan perjanjian kedua terdiri daripada perkongsian 5 kedai dengan NightOwl Entertainment Group di Australia. Perikatan strategik ini menandakan perjanjian francais berbilang kedai Dave & Buster’s yang kedua dan ketiga, justeru mengukuhkan jenama itu di rantau APAC dan MEA dengan sejumlah 31 kedai komited untuk pembangunan sejak rancangan pengembangan global diumumkan pada 2022.

“Kami teruja bekerjasama dengan Malpani Group untuk membawa pengalaman Dave & Buster’s kepada pengguna India, memandangkan ekonomi India yang rancak telah meletakkan negara itu dalam kedudukan 5 teratas di seluruh dunia. Malpani Group, terkenal dengan minatnya terhadap inovasi dan pertumbuhan yang pelbagai, bersedia untuk menguasai industri hiburan dalaman dan luaran,” ujar Antonio Bautista Ketua Pegawai Pembangunan Antarabangsa untuk Dave & Buster’s. Beliau menambah, “Kami juga berbesar hati untuk bergabung tenaga dengan NightOwl Entertainment Group, sebuah syarikat hospitaliti dan hiburan yang berwawasan yang merevolusikan industri di Australia. Pasaran dinamik Australia memberikan peluang besar untuk pertumbuhan, dan NightOwl Entertainment Group, yang terkenal dengan pendekatan inovatifnya, adalah rakan kongsi yang ideal untuk jenama kami. Kami tidak sabar untuk membawa pengalaman hiburan kami yang tiada tandingan ke pasaran yang rancak ini.”

Jai Malpani, Pengarah Malpani Group, menyatakan keterujaannya terhadap perkongsian itu. “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Dave & Buster’s, jenama terkenal dengan rekod prestasi yang terbukti baik dalam industri hiburan,” kata Malpani. “Kami percaya kepakaran mereka dalam hiburan keluarga dan pengalaman menjamu selera akan melengkapkan portfolio kami, dan kami mengharapkan kerjasama yang berjaya.”

David Heaton, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif NightOwl Entertainment, turut berkongsi rasa terujanya terhadap perkongsian itu. “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan jenama yang mempelopori hiburan berasaskan lokasi dan terus menjadi tempat rujukan di seluruh dunia dalam ruang ini,” kata Heaton. “Kami yakin bahawa bersama-sama, kami akan membawa pengalaman yang tiada tandingan kepada pelanggan kami.”

Dave & Buster’s telah melaksanakan beberapa inisiatif strategik untuk memastikan pengembangan global yang berjaya, termasuk jejak boleh diubah yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan pasaran tertentu dan penyetempatan tawaran menu dengan resonans serantau yang tinggi untuk memenuhi pilihan dan citarasa tempatan Mereka juga telah memperkenalkan model harga dinamik proprietari untuk menawarkan pilihan harga yang fleksibel, melancarkan program pemasaran global yang berdemografi agnostik namun boleh dilaksanakan secara tempatan, dan melaksanakan strategi dan pakej hiburan yang unik untuk membezakan dirinya dalam pasaran.

Dave & Buster’s juga teruja untuk menawarkan hiburan setempat dan program lewat malam untuk pelanggan dan memperkenalkan pengalaman mendalam untuk meningkatkan penglibatan pelanggan dalam ruang sosialisasi yang kompetitif. Dengan inisiatif ini, Dave & Buster’s yakin mereka akan memberikan pengalaman yang luar biasa kepada pelanggan global mereka.

Perihal Dave & Buster’s
Ditubuhkan pada tahun 1982 dan beribu pejabat di Coppell, Texas, Dave & Buster’s Entertainment, Inc., ialah pemilik dan pengendali 200 lokasi di Amerika Utara yang menawarkan hiburan terunggul dan pengalaman menjamu selera kepada tetamu melalui dua jenama berbeza: Dave & Buster’s dan Main Event. Dave & Buster’s mempunyai 152 kedai di 41 negeri, Puerto Rico dan Kanada serta menawarkan para tetamu peluang untuk “Makan, Minum, Main dan Tonton,” semua di satu lokasi. Setiap kedai menawarkan menu penuh hidangan utama dan pembuka selera, pilihan lengkap minuman beralkohol dan bukan alkohol, dan pelbagai jenis tarikan hiburan yang berpusat di sekitar bermain permainan dan menonton sukan secara langsung dan acara televisyen lain. Main Event mengendalikan 52 pusat di 17 negeri di seluruh negara dan menawarkan boling terkini, tag laser, ratusan permainan arked dan realiti maya, menjadikannya tempat yang sesuai untuk keluarga berhubung dan membuat kenangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai setiap jenama, sila lawati www.daveandbusters.com dan www.mainevent.com

Mengenai Malpani Group:
Malpani Group dari Sangamner ialah sebuah rumah perniagaan terpelbagai dengan minat dalam tenaga boleh diperbaharui, produk FMCG, hartanah, hotel dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, kisah kejayaan kumpulan itu melangkaui portfolio perniagaannya yang pelbagai. Malpani Group sentiasa komited terhadap kepuasan pelanggan dan tanggungjawab sosial, yang merupakan kunci kepada pertumbuhannya yang luar biasa.

Pada masa ini, Malpani Group ialah salah satu pemilik dan pengendali taman hiburan dan air terkemuka di India. Mereka mengendalikan taman tema dan air terbesar di India, Imagicaa, bersama lima taman lain di India. Taman hiburan dan air mereka telah menjadi destinasi popular untuk keluarga, pencari keseronokan dan pelancong, menawarkan pengalaman yang unik dan mengasyikkan untuk semua peringkat umur. Dengan komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan dan kepuasan pelanggan, Malpani Group telah menetapkan piawaian baharu untuk kejayaan perniagaan dan tanggungjawab sosial, yang mencerminkan keyakinan kuat mereka terhadap menyumbang semula kepada masyarakat.

Perihal NightOwl Entertainment
Ditubuhkan pada tahun 2008, NightOwl Entertainment ialah salah satu kumpulan hospitaliti terbesar di Perth. Syarikat ini mengendalikan beberapa tempat di seluruh Perth dan membina lebih banyak lagi di peringkat nasional! Setiap satu dengan identiti yang berbeza dan demografi sasaran. Dalam perniagaan pub dan kelab dan kini Hiburan Berasaskan lokasi mengamalkan etos korporat yang mantap dan gah dengan salah satu sistem pengurusan paling canggih dalam industri, dengan proses dan prosedur terpusat, analisis data amalan terbaik, dan latihan dalaman yang ditempah khas untuk kakitangan.

Hubungan Media:
Antonio Bautista
[email protected]

For all the latest Life Style News Click Here 

 For the latest news and updates, follow us on Google News

Read original article here

Denial of responsibility! NewsBit.us is an automatic aggregator around the global media. All the content are available free on Internet. We have just arranged it in one platform for educational purpose only. In each content, the hyperlink to the primary source is specified. All trademarks belong to their rightful owners, all materials to their authors. If you are the owner of the content and do not want us to publish your materials on our website, please contact us by email – [email protected]. The content will be deleted within 24 hours.

Leave a comment